Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari

Iklan
Tangkap layar rakaman video CCTV perbuatan suspek melarikan mangsa yang berada di saf belakang ketika solat Subuh di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat.

SHAH ALAM - Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah mengeluarkan reman terhadap suspek bermula Sabtu.

Iklan
Iklan

"Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Kita juga sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan berhubung status orang kurang upaya (OKU) suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Sebelum itu, Polis Hulu Selangor menerima laporan pada jam 8.19 pagi pada Jumaat berhubung kejadian yang tular di media sosial itu, sebelum suspek ditahan pada hari yang sama di sekitar Batang Kali.

Rakaman CCTV di sebuah masjid di Batang Kali, memaparkan pergerakan seorang lelaki disyaki terlibat kes cabul kanak-kanak perempuan pada Jumaat.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat di saf belakang ruang solat wanita di masjid berkenaan.

Iklan

Dalam kejadian itu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang ketika sedang lain sedang menunaikan solat Subuh.

Berdasarkan rakaman itu, lelaki terbabit telah mengangkat mangsa dan membawanya ke ruangan lain sebelum dipercayai dicabul.

Mangsa dapat melepaskan diri selepas bergelut dengan suspek.