MRSM untuk rakyat miskin
Iklan
Anak-anak dari desa dan kampung diberi peluang lebih luas untuk mendapat pendidikan yang berkualiti di MRSM. Gambar hiasan
AWANG hargai kenyataan Pengerusi Mara, Tuk Asyraf Wajdi Dusuki bahawa trend penolakan tawaran masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) semakin berkurang. Menurut beliau, kebanyakan daripada 8,909 tempat untuk MRSM telah dipenuhi. Sebelum ini terdapat 30 hingga 40 peratus pelajar yang tolak.
Pada waktu yang sama, Awang nak ingatkan Tuk Asyraf matlamat asal penubuhan MRSM. Tentulah nak bagi peluang pada anak-anak dari desa dan kampung untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.