Peniaga kecil tutup kedai
Iklan
Peniaga kecil Melayu banyak yang tutup kedai kerana tidak mampu mengambil pekerja asing. - Gambar hiasan
DI pasar, di gerai makan dan di mana-mana tempat perniagaan, Awang dengar cerita yang sama. Banyak peniaga kecil Melayu terpaksa tutup kedai. Ada yang sudah berniaga berpuluh-puluh tahun. Puncanya, tak ada pekerja.
Pihak Kementerian Dalam Negeri, kerajaan tempatan, imigresen dan penguat kuasa kerap buat gerakan cari pekerja asing yang jadi pembantu. Kedai atau gerai yang menggunakan khidmat pendatang asing akan diarah tutup dan disita.