Haramkan atau letak label 'Bahaya Tersedak' seperti di EU dan Jepun
Iklan
Kerajaan perlu menetapkan standard ke atas saiz, tekstur dan label amaran risiko tersedak. (Gambar kecil: Saral) Gambar hiasan
SHAH ALAM - Penjualan gula-gula kenyal perlu diharamkan sepenuhnya terutama di kawasan sekolah dan peraturan import terhadap makanan tersebut wajar diperketat untuk mengelakkan produk berbahaya dijual di pasaran Malaysia.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia, Saral James Maniam berkata, jika tidak diharamkan sepenuhnya, kerajaan perlu menetapkan standard ke atas saiz, tekstur dan label amaran risiko tersedak.