Perihal kepimpinan universiti
Iklan
Walaupun terdapat banyak kisah pemimpin inspirasi yang telah membimbing pelajar menjadi individu cemerlang, satu keluhan yang sering kedengaran ialah campur tangan politik dalam institusi khususnya universiti awam. - Gambar hiasan
MENCAPAI kepimpinan berkualiti dalam organisasi adalah topik yang sentiasa relevan terutama apabila perubahan berlaku dengan pesat akibat kemajuan teknologi dan perbezaan pemikiran antara generasi.
Contohnya, penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas dalam setiap sektor ekonomi dan bagaimana generasi Z serta generasi Alpha yang memasuki pasaran kerja mempunyai jangkaan berbeza terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan berbanding generasi terdahulu.