Tanah, haiwan boleh jadi punca penyakit kusta - Pakar
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Jangkitan kuman Mycobacterium leprae dalam tanah dan haiwan berkemungkinan boleh menjadi punca kepada penyakit kusta yang sudah hampir pupus di Malaysia sebelum ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, manusia berpotensi dijangkiti penyakit tersebut sekiranya terdedah secara langsung kepada kedua-dua faktor berkenaan.