Demokrasi dalam konteks berbeza
Iklan
Malaysia meskipun mengamalkan demokrasi berparlimen, sering menyaksikan dominasi parti tertentu dalam tempoh panjang dan pengaruh politik kaum serta agama lebih ketara. Foto hiasan
DALAM kajian demokrasi, sering dilihat bagaimana negara dengan sistem politik sama boleh mempunyai amalan berbeza.
Contohnya, Malaysia dan United Kingdom (UK) sama-sama mengamalkan demokrasi berparlimen tetapi berbeza corak politik. Begitu juga, sistem presiden di Amerika Syarikat (AS) dan Filipina menunjukkan perbezaan ketara.