TOKYO - Gempa bumi bermagnitud 5.0 melanda perairan timur laut wilayah Fukushima, Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua yang memetik agensi kaji cuaca negara itu.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa berlaku pada kira-kira 10.01 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, dengan kekuatan 4 pada skala keamatan seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7.