Pemuda ditahan disyaki cabul budak perempuan di masjid
Iklan
Polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat.
BATANG KALI - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.19 pagi dan satu tangkapan dibuat pada tengah hari yang sama.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja telah ditahan pihak polis dengan bantuan orang ramai.
"Tangkapan suspek dibuat di Batang Kali dan reman akan dibuat dalam masa terdekat.
Iklan
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.
Kata beliau, suspek dipercayai tidak mengenali mangsa sebelum ini dan tindakan cabul itu dibuat secara rambang.
Iklan
Ditanya mengenai dakwaan suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU), katanya, perkara itu masih dalam siasatan.
"Kita masih siasat sama ada kad OKU itu milik suspek atau orang lain," ujarnya.
Menurut beliau, pengadu yang juga ibu kepada mangsa membawa dua anaknya semasa bersolat Subuh di masjid tersebut.
Jelasnya, seorang anaknya yang merupakan mangsa berada di bahagian belakang saf jemaah wanita.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>