Malaysia terima 2,200 vaksin cegah penyakit Mpox

Iklan
Malaysia menerima 2,220 dos vaksin Modified Vaccinia Ankara-Bavarian Nordic (MVA-BN) untuk pencegahan penyakit Mpox atau cacar monyet hasil sumbangan Dana Respons Covid-19 ASEAN.

PUTRAJAYA - Malaysia menerima 2,220 dos vaksin Modified Vaccinia Ankara-Bavarian Nordic (MVA-BN) untuk pencegahan penyakit Mpox atau cacar monyet hasil sumbangan Dana Respons Covid-19 ASEAN.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, vaksin yang tiba pada Khamis akan memberi manfaat kepada 1,100 individu berisiko tinggi, termasuk petugas kesihatan yang mengendalikan kes Mpox serta kontak rapat pesakit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pemberian vaksin ini hanya berdasarkan penilaian pakar perubatan dan tidak melibatkan vaksinasi secara umum.

"Fokus utama adalah untuk melindungi kumpulan berisiko tinggi, terutamanya petugas kesihatan," menurut kenyataan KKM.

Iklan

Malaysia sebelum ini pernah merekodkan kes MPOX dengan peningkatan kes sejak 2023.

MPOX yang disebabkan oleh virus monkeypox, boleh merebak melalui sentuhan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Iklan

Justeru, langkah pencegahan termasuk vaksinasi terhadap kumpulan berisiko tinggi amat penting bagi membendung penularan.

Tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, KKM turut mengucapkan penghargaan kepada ASEAN atas sokongan dan sumbangan vaksin ini dalam usaha menangani ancaman penyakit berjangkit di rantau ini.