Pemandu maut tersepit langgar belakang lori di lorong kecemasan

Iklan
Nahas membabitkan dua lori di KM300.8 pada Jumaat menyebabkan seorang mangsa maut di tempat kejadian. - Foto: PDRM

GOPENG - Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya melanggar belakang lori bermuatan batu dalam nahas di Kilometer 300.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Kampar di sini pada Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa, Abd Rahim Abu Bakar, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kemalangan melibatkan lori yang dipandu mangsa dan lori batu itu itu diterima oleh pasukan yang menjalankan tugas rondaan.

"Berdasarkan maklumat awal, lori bermuatan batu dipandu lelaki berusia 34 tahun sedang memandu di lorong kecemasan berikutan muatan berat yang dibawa semasa menuruni bukit.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Tapah menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan dua lori di KM300.8 dekat Kampar pada Jumaat. - Foto: Bomba Perak

Iklan

"Setibanya di lokasi, tiba-tiba lori dipandu mangsa telah melanggar bahagian belakang lori bermuatan batu menyebabkan mangsa tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan daripada Hospital Tapah," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan