Nenek ada tabiat suka telan biji kurma, zaitun

Iklan
Seorang warga emas berusia 92 tahun di Turki didapati mempunyai 63 biji batu kecil dan lima ketul batu sebesar penumbuk di dalam perut dan ususnya. Foto sumber Must Share News

TURKI - Seorang warga emas berusia 92 tahun di Turki didapati mempunyai 63 biji batu kecil dan lima ketul batu sebesar penumbuk di dalam perut dan ususnya.

Menurut Must Share News, wanita yang dikenali sebagai Ayi itu dikejarkan ke hospital selepas mula mengalami sakit perut dan muntah yang teruk pada 5 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan awal mengesahkan, terdapat benda asing di dalam usus kecil menyebabkan doktor memindahkannya ke hospital yang besar untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Keputusan mendedahkan, terdapat beberapa batu sepanjang empat centimeter (cm) dalam saluran penghadaman menyebabkan usus warga emas berkenaan dihalang sepenuhnya dan boleh membawa maut.

Iklan

Doktor tempatan berkata, sekatan tersebut telah menyebabkan kerosakan tisu dan memerlukan pembedahan segera dilakukan.

"Selepas melakukan pembedahan, kami menjumpai 28 biji kurma, 35 biji buah zaitun dan lima batu sebesar penumbuk.

Iklan

"Kita juga dapat tahu rupanya Ayi mengaku mempunyai tabiat menelan biji kurma dan biji buah zaitun semasa makan,” katanya.

Jelas doktor, disebabkan perkara itu, lama-lama kelamaan dia bergelut untuk makan dan minum air kerana semuanya tersekat di kerongkong.