Kemiskinan di era digital
Iklan
Hanya dengan ilmu akan meninggikan daya intelek ahli masyarakat - Gambar hiasan
100 tahun yang lalu Za’ba menulis berkenaan kemiskinan dan juga cara penyelesaiannya. Oleh kerana sudah lama masa berlalu, kita boleh menilai apa yang dibangkitkan dahulu dan sama ada banyak sudah beres di era digital ini.
Za’ba tidak melihat kemiskinan sekadar di dalam harta benda sahaja. Malah, perspektif kemiskinan bagi Za’ba adalah lebih luas termasuk kemiskinan semangat, kemiskinan ilmu, kemiskinan moral, kemiskinan budaya dan kemiskinan daya intelek.