China manipulasi saingan bateri EV
Iklan
Sebuah syarikat China, Jiangsu Jiuwu Hi-Tech secara rasmi berhenti mengeksport peralatan yang digunakan untuk memproses litium logam bateri EV. - Gambar hiasan
Baru-baru ini penulis melakukan kajian persepsi berkaitan kewajaran membeli kereta elektrik (EV). Sudah banyak kajian persepsi dilakukan di seluruh dunia. Bagaimanapun, penyelidikan dilakukan penulis hanyalah untuk peribadi, melihat paten kepuasan berkaitan kejuruteraan EV dalam kalangan pengguna di negara ini.
Secara keseluruhan, penulis mendapati pengguna di Malaysia masih menggemari kereta yang menggunakan petrol atau diesel berbanding EV ataupun hibrid.