Prabowo lantik 961 pemimpin wilayah di Istana Merdeka

Iklan
Majlis pelantikan melibatkan gabenor, bupati dan datuk bandar didahului dengan perarakan dari kawasan Monumen Nasional ke kompleks istana berpakaian seragam putih dalam formasi berbaris. Foto Agensi

JAKARTA - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada Khamis melantik seramai 961 pemimpin wilayah dalam satu majlis bersejarah, dengan semua pemimpin itu mengangkat sumpah secara serentak di Istana Merdeka, Jakarta Pusat.

Majlis pelantikan melibatkan gabenor, bupati dan datuk bandar didahului dengan perarakan dari kawasan Monumen Nasional ke kompleks istana berpakaian seragam putih dalam formasi berbaris.

Iklan
Iklan

Mereka telah menjalani latihan selama dua hari bersama Polis Indonesia sebelum majlis berlangsung, dan akan menjalani sesi permukiman di Akademi Tentera Magelang anjuran Kementerian Dalam Negeri selama lapan hari.

"Saya rasa ini adalah detik bersejarah pertama di negara kita. Kita lantik 33 gabenor, 33 timbalan gabenor, 363 bupati, 362 timbalan bupati, 85 datuk bandar, 85 timbalan datuk bandar daripada 481 daerah dilantik serentak," kata Prabowo ketika berucap di Istana Merdeka.

Iklan

Prabowo turut berpesan kepada pemimpin daerah agar tidak mensia-siakan amanat rakyat dan menyeru mereka agar memperjuangkan nasib masyarakat di daerah masing-masing.

"Anda adalah hamba rakyat, mesti membela dan melindungi kepentingan rakyat serta berjuang untuk memperbaiki kehidupan mereka,” tegasnya.

Iklan

Kesemua yang dilantik merupakan pemenang hasil pengundian Pilihan Raya Pemimpin Daerah (Pilkada) yang diadakan secara serentak di republik itu pada 27 November 2024. - Bernama