MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus, lapor Sputnik memetik laporan akhbar South China Morning Post pada Khamis, yang memetik kepada beberapa sumber.
Pengurangan ini akan memberi kesan kepada kedutaan di Beijing dan konsulat di Guangzhou, Shanghai, Shenyang, Wuhan, dan Hong Kong, menurut laporan itu, yang menyatakan kakitangan misi diplomatik mungkin akan menerima pemakluman berkaitan seawal Jumaat ini.