Warga emas maut dihempap pokok

Iklan
Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM. Foto BOMBA

BALING - Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok ketika melakukan kerja menebang kayu di Kampung Charuk Jernih, Tawar, Jalan Baling-Kulim di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata, mangsa berusia 64 tahun, dipercayai sedang menjalankan aktiviti menebang pokok sebelum insiden tragis itu berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut diterima pada jam 12.34 tengah hari.

Zulkhairi mengetuai operasi menyelamat bersama Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Samsari Ibrahim serta sembilan anggota tiba di lokasi sejurus selepas menerima maklumat berkenaan.

Iklan

"Menurut keterangan saksi, mangsa sedang menjalankan kerja-kerja memotong kayu bersama rakannya. Ketika proses penebangan berlangsung, mangsa berjalan berhampiran kawasan tersebut sebelum sebatang pokok tumbang dan menghempapnya.

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM. Foto BOMBA

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit membersihkan kawasan kejadian, termasuk memotong dahan pokok bagi memudahkan usaha mengeluarkan mangsa.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.