Peruntuk RM500,000 atasi kesesakan Klinik Kesihatan Batu Arang

Iklan
Boon Chye (dua, kanan) meninjau bahagian Klinik Kesihatan Batu Arang.

RAWANG - Kepadatan pesakit di Klinik Kesihatan Batu Arang di sini akan diatasi melalui syor penyelesaian jangkamasa pendek dan panjang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kementerian bersetuju dengan cadangan pembinaan klinik kesihatan yang baharu bagi mengatasi masalah itu.

Iklan
Iklan

Namun, baik pulih dan naik taraf kemudahan sedia ada itu juga satu keperluan dalam menyediakan kemudahan selesa bagi penyelesaian jangka masa pendek.

"Bantuan segera sebanyak RM500,000 akan dikeluarkan di bawah peruntukan sedia ada untuk bangunan tambahan menggunakan rekabentuk kabin atau Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang akan dibincangkan bersama bahagian kejuruteraan bergantung kepada keluasan.

Iklan

"Dianggarkan jumlah pesakit yang menggunakan kemudahan klinik kesihatan itu adalah 400 orang sehari, dijangka naik taraf dibuat mampu mengurangkan kesesakan dan pengasingan bahagian kakitangan," katanya ketika melawat klinik berusia 40 tahun itu, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim, Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Adun Rawang, Chua Wei Kiat.

Iklan

Mengulas berkenaan penyelesaian jangka masa panjang, prosedur pembinaan klinik kesihatan yang baharu itu akan mengambil model bangunan kelas tiga di Gombak Setia atau Manjoi.

"Anggaran projek itu bernilai RM30 juta mengambil kira kos sebanyak RM23juta di Klinik Kesihatan Gombak Setia, lima tahun lalu.

"Keluasan tanah bagi projek dicadangkan itu adalah dikeluasan 1.04 hektar akan diberikan keutamaan dalam senarai permohonan RMK11 nanti," katanya.