Sultan Selangor perkenan khidmat Abdul Aziz sebagai Pengerusi MAIS dipendekkan

Iklan
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah memohon memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi MAIS bagi sesi 2024-2026.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir MAKHTAR memaklumkan, permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan pemendekkan tempoh berkuat kuasa pada 28 Februari 2025 atas faktor kesihatan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pengerusi MAIS sejak 1 Januari 2021 dan telah berkhidmat hampir lima tahun.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau banyak menyumbang dalam memperkasa institusi Islam dan kebajikan umat Islam di Selangor.

Iklan

"Beliau turut mempengerusikan beberapa anak syarikat MAIS dan terlibat dalam pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor," ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, MAIS merakamkan penghargaan tinggi atas sumbangan dan jasa Abdul Aziz sepanjang tempoh perkhidmatan.

Iklan

Pelantikan beliau sebagai pengerusi untuk sesi 2024-2026 yang bermula pada 1 Januari 2024 akan berakhir lebih awal, iaitu pada 28 Februari 2025.