Lebih 30 penonton cedera akibat letupan bunga api di padang bola sepak

Iklan
Lebih 30 penonton cedera selepas letupan bunga api di sebuah padang bola sepak di negeri Kerala, selatan India. Foto tular

NEW DELHI - Lebih 30 penonton cedera selepas letupan bunga api di sebuah padang bola sepak di negeri Kerala, selatan India, tidak berjalan seperti dirancang, lapor Xinhua yang memetik polis pada Rabu.

Pertunjukan bunga api di padang bola sepak yang sesak pada Selasa itu merupakan sebahagian daripada sambutan praperlawanan kejohanan tempatan di Padang Bola Sepak Areekode di daerah Malappuram, kira-kira 388 kilometer di utara Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala.

Iklan
Iklan

Menurut polis, setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Saksi berkata, sebaik sahaja bunga api yang diletakkan di tengah padang dinyalakan, mercun tercampak ke arah penonton yang duduk di barisan hadapan.

Iklan

"Mercun yang meletup di tengah orang ramai menyebabkan kecederaan melecur dalam kalangan penonton, manakala sebahagian lagi cedera akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada terkena mercun yang terbakar," kata seorang pegawai polis."Mereka yang cedera segera dibawa ke hospital."

Laporan menyebut polis tidak memberikan sebarang kebenaran untuk pertunjukan bunga api itu.

Iklan

Polis berkata siasatan akan dijalankan berhubung kejadian itu. - Bernama