Tarif kereta import sekitar 23 peratus - Trump

Iklan
Donald Trump

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pada Selasa bahawa beliau berhasrat untuk mengenakan tarif sekitar 25 peratus ke atas kereta import, dengan butiran lanjut akan diumumkan pada 2 April, lapor Xinhua.

Trump turut menyatakan bahawa tarif ke atas farmaseutikal dan cip pada mulanya akan ditetapkan sekitar 25 peratus dan akan 'lebih tinggi secara ketara' dalam tempoh setahun.

Iklan
Iklan

Trump mendakwa bahawa tarif itu akan menggalakkan syarikat untuk kembali ke Amerika Syarikat, dan jika mereka mendirikan kilang di dalam negara, cukai tersebut akan menjadi sifar.

Beliau berkata, bahawa beberapa syarikat besar telah menyatakan minat untuk kembali ke Amerika Syarikat disebabkan dasar ekonomi negara berkenaan cukai, tarif dan insentif.

Iklan

Pada 10 Februari, Trump menaikkan tarif ke atas aluminium dari 10 peratus kepada 25 peratus dan menamatkan pengecualian dan kelonggaran tarif ke atas keluli dan aluminium.

Pada 13 Februari, beliau menandatangani memorandum yang mengarahkan jabatan berkaitan untuk menentukan"cukai timbal balik" dengan setiap rakan dagang asing.

Iklan

Dasar cukai AS ini menghadapi bantahan meluas. Ahli politik, pemimpin perniagaan dan akademik di seluruh dunia percaya bahawa ia akan merosakkan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, memberi kesan kepada rantaian bekalan global, menghalang pemulihan ekonomi global, dan merugikan semua pihak yang terlibat.- Bernama