Mejar Mohd Zainudin dipercayai hilang, tidak hadir bertugas

Iklan
Kehilangan Mohd Zainudin dimuat naik di laman media sosial Facebook, selepas keluar dari rumah keluarganya pada malam Ahad. Foto Facebook milik Abu Mikhail Mohd Fauzi.

SHAH ALAM - Tersebar status tular mengenai seorang pegawai tentera, Mejar Mohd Zainudin Ishak yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya pada malam Ahad.

Dalam perkongsian tersebut, Mohd Zainudin dipercayai hilang setelah kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta jenis Perodua Ativa pada jam 7 petang.

Iklan
Iklan

Perkara itu dikongsikan dalam status tular pada Selasa yang dimuat naik seorang pemilik Facebook, Abu Mikhail Mohd Fauzi yang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan abang iparnya itu.

Katanya dalam hantaran tersebut, kereta jenis Perodua Ativa itu berwarna merah, manakala bumbung berwarna putih.

Iklan

"Hilang tanpa dapat dikesan hingga sekarang. Mohon hebahan.

"Orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung dengan isteri melalui talian 012-4493952 atau balai polis berdekatan," katanya.

Iklan

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Zainudin selepas didapati tidak hadir bertugas di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Kem Wardieburn pada jam 7.08 petang pada Isnin di Balai Polis Jalan Tun Razak.

"Laporan dibuat susulan pegawai (Mohd Zainudin) dikesan tidak hadir bertugas.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.