PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat

Iklan
PGA Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas. Foto Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan pada Rabu berkata, lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun terdiri daripada pemandu dan kelindan treler yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penahanan dan rampasan itu dilakukan anggota Batalion 7 PGA kira-kira jam 12.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan pada treler dan kawasan stor menemukan hampir 88,000 biji kelapa tanpa dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah.

Iklan

"Kelapa dan treler dirampas dianggar bernilai RM2.13 juta manakala kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965," katanya. - Bernama

Iklan