Perlu ada jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara
Iklan
Aminurrahim (tengah) bergambar kenangan pada Majlis Pelepasan Misi Kemanusiaan Bina Semula Syria di Anjung Tinjau, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Selasa. Turut kelihatan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Leftenan Kolenal (PA) Kamarulsyah Muslim (lima dari kanan) dan Ketua Misi Kemanusian Bina Semula Syria Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor (empat dari kanan) yang juga Pengerusi serantau Muslim. Foto Bernama
SEPANG - Kerajaan disaran mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa untuk menyelaras pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di luar negara.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, penubuhan itu untuk mengawal selia misi kemanusiaan yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia.
Iklan
Iklan
"Buat masa ini misi bantuan daripada NGO di Malaysia kebanyakan bersifat ad hoc dan kurang teratur yang memerlukan kita mencari kaedah agar perkara ini boleh dipermudah dan diselaraskan.
"Jika ini diselaraskan dengan baik, kita tahu tidak akan berlaku ketirisan kerana ia diselaraskan oleh kerajaan dan ini juga akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memberi sumbangan yang lebih baik," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas melepaskan Misi Kemanusiaan Bina Semula Syria oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Misi bantuan berkenaan dilaksanakan Serantau Muslim yang juga Pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA) membantu rakyat Syria membina semula kehidupan selepas konflik melanda negara itu.
Iklan
Misi diketuai Pengerusi Serantau Muslim Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hakim Mohd Nor itu akan menyalurkan bantuan makanan, melaksanakan program sokongan psikologi serta membincangkan pembangunan komuniti wakaf Malaysia. - Bernama
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.