LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) telah meluluskan permohonan juara bertahan PDRM FC untuk mengadakan perlawanan akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Sabtu ini.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan The Cops, yang tewas pada final pertama Sabtu lepas, sekali lagi perlu bermain di gelanggang lawan berbanding Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang menjadi venue tuan rumah pasukan itu musim ini.