Meraung temui mayat isteri dengan lelaki lain

Iklan
Lokasi penemuan trak pikap tersebut di daerah Mueang, wilayah Chachoengsao pada Isnin. Foto: Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki meraung selepas menemui mayat isterinya bersama 'kekasih gelap' di dalam sebuah kereta.

Penemuan menggemparkan itu dibuat selepas anggota polis dari Mueang Chachoengsao dipanggil untuk menyiasat trak pikap Isuzu yang diparkir di daerah Mueang, wilayah Chachoengsao pada Isnin.

Iklan
Iklan

Portal berita Thaiger melaporkan pejalan kaki membuat aduan setelah terlibat kesan tembakan pada tingkap bahagian tempat duduk penumpang.

"Dua mayat, Chatchai Hongcharoen, 33, dan wanita dikenali sebagai Natticha, 26, terdapat dalam kenderaan itu," jelas laporan itu.

Iklan

Sehari sebelum itu, suami mangsa, Thitiwat, 23, ada membuat laporan tentang kehilangannya.

Mangsa dikatakan meninggalkan rumah mereka dengan menaiki kenderaan utiliti lasak (SUV) pada pagi Ahad dan tidak dapat dihubungi.

Iklan

Suaminya bimbang jika wanita itu dirompak kerana dia memakai rantai dan gelang tangan emas ketika keluar.

Siasatan awal polis mendapati Chatchai dan Natticha mungkin bertemu untuk berbincang tentang hubungan terlarang mereka.

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian itu. - Agensi