JAKARTA - Trend #KaburAjaDulu yang semakin popular di Indonesia dilihat sebagai satu gelombang anak muda untuk berhijrah ke luar negara bagi mencari peluang kehidupan yang lebih baik.
Menyingkapi perkembangan itu, Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Abdul Kadir Karding berkata, mereka yang mempunyai kecenderungan ke arah itu perlu terlebih dahulu meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka.