Umat Islam perlu bina semula tamadun agung: Ulama dunia
Iklan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mendengar pembentangan Profesor Dr Ali Muhyiddin Al-Qariah Daghi (kanan) pada Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Casuarina Meru hari ini. - Foto Bernama
IPOH - Umat Islam perlu membina semula ketamadunan agung kerana ia dapat mengembalikan 'izzah' atau kuasa serta kemuliaan agama kepada ummah, kata Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Profesor Dr Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi.
Beliau berkata untuk merealisasikan perkara itu, umat Islam perlu melaksanakan beberapa perubahan seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu perubahan dalaman merangkumi hati, roh, nafsu, akal serta perubahan luaran meliputi akhlak dan tindak tanduk.
Iklan
Iklan
"Islam bukanlah semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan.
"Islam telah merealisasikan tamadun yang besar dan kemajuan di dalam pelbagai bidang ilmu dan kajian, kesenian, pensyariatan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertemakan ‘Menjulang Kemuliaan Umat: Sejarah, Wawasan dan Harapan’ yang perasmiannya disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pusat Konvensyen Casuarina @Meru, di sini, hari ini.
Ucapan beliau yang dibacakan dalam bahasa Arab diterjemahkan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.
Iklan
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, golongan ulama dan umara sentiasa bergabung tenaga dalam membentuk umat Islam yang berilmu dan bersilang kemahiran untuk memimpin ummah ke mercu kejayaan.
Katanya, kedua-dua golongan itu yang mewarnai ummah menyedari tanggungjawab besar mereka termasuk perlu kembali kepada jati diri keislaman menurut acuan syarak.
"(Ulama dan umara) tahu hak yang perlu dipertahan dan dituntut, faham beban yang perlu dipikul dan dijinjing bersama dengan penuh ikhlas dan amanah.
"Bak benih pokok yang tidak ditanam, manakan dapat buahnya. Hasil perjuangan generasi lampau menyaksikan ulama dan umara bergabung tenaga dan berpisah tiada dalam membentuk umat yang mulia," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>