Sarawak nikmati lebih RM280 bilion manfaat industri minyak dan gas - PM

Iklan
Anwar Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR – Sarawak menikmati pelaburan huluan dan infrastruktur berjumlah lebih RM280 bilion manfaat pembangunan industri minyak dan gas di negeri itu sejak 1976.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah pelaburan huluan tersebut dianggarkan lebih RM90 bilion nilai kontrak dibelanjakan dalam tempoh 10 tahun lalu (2014-2024) sahaja iaitu antara 2014 hingga 2024.

Iklan
Iklan

Katanya, syarikat vendor berdaftar dari Sarawak turut menikmati kontrak melebihi RM40 bilion bagi tempoh sama.

"Dari segi pulangan kewangan, Sarawak telah menerima bayaran tunai sebanyak RM49 bilion sehingga Disember 2024 serta bayaran cukai jualan sebanyak RM18.66 bilion sehingga suku ketiga tahun lalu.

Iklan

Menteri Kewangan itu berkata, selain itu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) juga sudah menyumbang secara langsung kepada usaha pembangunan modal insan warga Sarawak.

Menurut Anwar, sepanjang 10 tahun lalu lebih RM600 juta sudah dibelanjakan dalam pelbagai usaha pendidikan dan pembangunan modal insan manakala lebih 680,000 warga Sarawak mendapat tajaan dalam bentuk biasiswa selain program latihan untuk warga pendidik.

Iklan

Jelasnya, lebih 4,300 warga Sarawak pula mendapat peluang pekerjaan di dalam Petronas bagi tempoh sama.

"Hasil mahsul besar yang diraih selama ini oleh negara sehingga dapat kita jadikan dana Petronas sebagai dana utama di peringkat awal pembentukan negara dan juga pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

"Ini semua berkat negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan kerjasama erat dan akrab kerajaan negeri dan Persekutuan. Maka sebab itulah kita memilih untuk memberikan sedikit penyesuaian dan pengiktirafan kepada peranan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak,” ujarnya,