Anwar akui rayu Tun M kekal sebagai Perdana Menteri

Iklan
Anwar - Foto fail

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam perjumpaan dengannya awal hari ini.

Anwar berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan dalam perjumpaan itu.

Iklan
Iklan

"Saya ada bersama dengan dia dan telah dimaklumkan mengenainya tetapi saya tidak boleh (umumkan) sehingga ia dimaklumkan kepada orang ramai. Saya merayu kepadanya bagi pihak Keadilan (PKR), Pakatan (Harapan)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Iklan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di Pertuan Agong hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-tujuh hari ini. Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti

Iklan

[VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Tun M turut lepas jawatan Pengerusi Bersatu

Semasa ditanya hasil perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Anwar berkata, ia hanya perjumpaan bagi menyampaikan pendapatnya dan saling bertukar pandangan.

" ... dan bagi mendapatkan nasihat demi kepentingan negara, keamanan, kestabilan, perbincangan secara umum,” katanya. - Bernama