'Bukan salah BNPL, tapi sikap peminjam'
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian berkaitan BNPL
SHAH ALAM - Sikap peminjam menjadi faktor utama sesuatu sistem yang diperkenalkan termasuk konsep beli sekarang bayar kemudian (BNPL) berupaya memberi manfaat atau sebaliknya.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, sistem BNPL secara asasnya baik seiring dengan negara yang mula bergerak ke arah dunia digital.