Pengguna BNPL semakin meningkat
Iklan
Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat mengenai kepentingan pengurusan kewangan berhemat serta mengelakkan golongan muda daripada terjebak ke dalam perangkap hutang. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kadar penggunaan skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) di Malaysia semakin meningkat berikutan ia mudah diakses dengan pelbagai insentif menarik yang ditawarkan kepada pengguna.
Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, jumlah pengguna BNPL di negara ini mencapai 10.3 juta orang pada tahun lalu.