Ancaman muflis BNPL
Iklan
Konsep BNPL hampir sama dengan penggunaan kad kredit, namun kad kredit digunakan oleh mereka yang mempunyai kadar pendapatan tertentu yang diletakkan pihak bank.
SHAH ALAM - Konsep perniagaan beli sekarang bayar kemudian (BNPL) yang semakin meluas ketika ini boleh menjadi ancaman muflis kepada masyarakat terutama golongan muda jika tidak dikawal dengan baik.
Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, kaedah yang pada dasarnya bertujuan memudahkan pengguna membuat pembelian boleh bertukar menjadi perangkap hutang sekiranya digunakan dengan cara salah.