Fomca gesa kerajaan kawal pinjaman bukan bank
Iklan
Kerajaan perlu mewujudkan undang-undang atau garis panduan khusus berhubung pinjaman wang yang ditawarkan oleh institusi bukan bank. Gambar hiasan 123RF
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan undang-undang atau garis panduan khusus berhubung pinjaman wang yang ditawarkan oleh institusi bukan bank seperti skim BNPL bagi mengawal pemberian pinjaman.
Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, undang-undang itu turut membolehkan kerajaan mengawal semua caj dikenakan termasuk yang tersembunyi.