Geram ditegur pasal telefon, anak bakar rumah dan ayah kandung

Iklan
Pelaku semasa ditahan pihak berkuasa. - Agensi

MEDAN - Tersinggung kerana ditegur semasa mahu meminjam telefon bimbit, seorang anak tergamak membakar rumah dan ayah kandungnya.

Susulan itu, pelaku dikenali MA, 25, penduduk Medan Deli, telah ditahan oleh Unit Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak (PPA) Jabatan Siasatan Jenayah Pelabuhan Belawan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Pelaku dilaporkan membakar rumah ibu bapanya di Kelurahan Titi Papan, Medan Deli, Kota Medan pada Jumaat.

Sementara itu ayah mangsa masih dirawat di sebuah klinik dan perlu dipindahkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan intensif.

Iklan

Namun, dia bersuara kasar dan cuba merampas telefon tersebut, menyebabkan bapanya menegurnya.

Akibat berasa sakit hati dan tersinggung selepas ditegur oleh bapanya, pelaku bertindak mengunci rumah lantas mengambil petrol, dan membakar rumah serta bapanya.

Iklan

Dalam kejadian itu, bapanya dilaporkan berjaya keluar dan mengalami lecur di badan.

Pelaku akan dituduh di mahkamah. - Agensi