KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak akibat komplikasi kesihatan lain.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada warga emas yang dikenali sebagai K Binnammal, 85, di kediaman wanita itu di Semambu, Kuantan, Pahang dalam siri Ziarah Madani baru-baru ini.