Perubahan semangat Malaysia
Iklan
Sarawak mahu menguasai sumber semula jadi, khususnya minyak dan gas serta membangunkan syarikat penerbangan sendiri. Gambar hiasan
Nampaknya semua mengenai perhubungan antara Persekutuan Malaysia dan Sarawak ialah mengenai autonomi serta penguasaan ke atas ekonomi.
Secara peribadi, ia bukan lagi Sarawak yang saya kenali pada 1963 dan dekad-dekad berikutnya. Apabila Sarawak, Sabah dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia, saya sudah berusia 16 tahun dan dalam Tingkatan Dua.