Hubungan baharu AS-Eropah
Iklan
Mesyuarat NATO di Brussels dan Munich Security Conference minggu lalu menandakan perubahan besar dalam hubungan keselamatan AS-Eropah. Foto Agensi
Di Eropah minggu lalu, berlangsung dua pertemuan penting membincangkan masa depan keselamatan benua itu dan pembabitan Amerika Syarikat (AS) dalam menyediakan payung ketenteraan kepada benua tersebut pasca perubahan kepimpinan di Washington.
Pada 13 Februari, Menteri Pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengadakan mesyuaratnya di Brussels sebagai persiapan bagi mengadakan sidang kemuncak tahunan NATO pada Jun di The Hague, Belanda.