Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas positif dadah

Iklan
Jannik Sinner.

PEMAIN nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis, lapor PA Media/dpa.

Sinner mencapai penyelesaian dengan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) selepas dua ujian salah guna dadah tahun lepas menunjukkan keputusan positif.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 23 tahun dari Itali itu, yang menjuarai Terbuka Australia bulan lepas, digantung mulai 9 Februari hingga 4 Mei.

Bagaimanapun, beliau masih layak untuk beraksi dalam Kejohanan Grand Slam seterusnya tahun ini, Terbuka Perancis, yang dijadual bermula pada 19 Mei di Roland Garros.- Bernama

Iklan

Iklan