Jawatankuasa bayangan ditubuhkan kukuh peranan semak dan imbang di Kedah
Iklan
Saifuddin Nasution (tujuh dari kiri) bersama pimpinan PH selepas pembentangan resolusi Konvensyen Perpaduan Kedah pada Sabtu.
SUNGAI PETANI – Sebuah jawatankuasa bayangan telah dibentuk hasil resolusi Konvensyen Perpaduan Kedah sebagai langkah strategik dalam memastikan mekanisme semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri agar berfungsi dengan lebih berkesan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai pembangkang di Kedah, jawatankuasa bayangan ditubuhkan bagi setiap portfolio Exco kerajaan negeri
Iklan
Iklan
"Ini akan memastikan wujudnya mekanisme semak dan imbang yang efektif terhadap dasar dan keputusan kerajaan negeri.
"Kita tidak mahu hanya kerajaan negeri yang sentiasa menyerang kerajaan Persekutuan tanpa dipertanggungjawabkan atas pentadbiran sendiri," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Perpaduan Kedah pada Sabtu.
Iklan
Beliau menambah, konvensyen tersebut turut menghasilkan resolusi bagi menubuhkan sekretariat bersama yang berperanan dalam menyusun perancangan dan gerak kerja politik secara lebih tersusun.
Menurut Saifuddin, penubuhan sekretariat bersama itu juga bagi memastikan kesepakatan antara parti dalam gabungan kerajaan Perpaduan di Kedah.
Iklan
Beliau memberitahu, antara resolusi lain termasuklah menetapkan sasaran untuk mengambil kembali pentadbiran negeri pada pilihan raya akan datang.
"Kita memulakan tahun 2025 dengan sebuah konvensyen besar yang sangat penting.
"Kedah menjadi negeri pertama dalam konteks kerajaan Perpaduan yang menganjurkan konvensyen ini, mempertemukan gabungan terbesar di negeri ini," katanya.
Beliau berpandangan, konvensyen tersebut membuktikan PH dan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak persamaan dalam meletakkan sasaran perjuangan untuk negeri Kedah.
Saifuddin berkata, kehadiran hampir 1,000 perwakilan dalam konvensyen itu merupakan satu permulaan baik dan lebih banyak program bersama akan disusun selepas ini termasuk jelajah ke seluruh negeri dengan penglibatan sayap Pemuda dan Wanita.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.