Tetap tuai padi walau harga rendah
Iklan
Mohd Amirul menunjukkan proses menuai padi miliknya.
ALOR SETAR - Tindakan menangguhkan tuaian padi demi untuk mendapatkan harga lebih tinggi adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pesawah.
Menurut Mohd Amirul Idris, 38, pesawah tiada pilihan kerana terpaksa menjual padi yang dituai mengikut harga yang ditawarkan pengilang sama ada rendah mahupun tinggi bagi mengelak padi tersebut rosak.