PLKN: Jawapan belum meyakinkan
Iklan
Gambar hiasan
SETELAH Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, yang saya pengerusikan pada 3 Disember 2024 mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0, pada 4 Februari lalu, dua Ahli JKPK, iaitu Ahmad Johnie Zawawi (Igan) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), serta Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) telah menimbulkannya semasa Soalan Lisan di Dewan Rakyat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab sebahagian daripadanya, tetapi, ada yang belum dijawab.