Akhirnya Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri

Iklan
Syafiq dan Mimi akhirnya bergelar suami isteri.

PELAKON terkenal, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya bergelar pasangan suami isteri.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, menerusi akaun Instagramnya pada petang Jumaat.

Iklan
Iklan

Syafiq dan Mimi akhirnya bergelar suami isteri.

"Alhamdulillah, berkahwin pada hari Jumaat yang dirahmati," tulisnya ringkas beserta beberapa gambar hari bahagianya.

Iklan

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan secara tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.

Terdahulu, berita perkahwinan Syafiq dan Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, mula tersebar selepas pasangan itu berkongsi gambar cincin di akaun Instagram masing-masing.

Iklan

Syafiq Kyle sewaktu hari bahagianya.

Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.

Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.

Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan secara tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.