325 program PMKS 2024 sudah dilaporkan - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR - Semua 325 program keusahawanan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melibatkan peruntukan RM33.8 billion di bawah Belanjawan 2024 telah berjaya dilaporkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan keberhasilan Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) yang menghendaki kesemua kejayaan itu dilaporkan dalam Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA).
Iklan
Iklan
Timbalan Perdana Menteri berkata, SMEIPA ialah mekanisme utama dalam menyelaras, memantau, dan menilai pelaksanaan program PMKS merentasi pelbagai kementerian dan aggensi.
"Selain itu, pelaporan SMEIPA bagi 2024 juga berjaya memperoleh laporan lengkap daripada kesemua 13 kerajaan negeri mengenai inisiatif berkaitan pembangunan PMKS. Ini merupakan pencapaian penting dan pertama kali direkodkan sejak SMEIPA diperkenalkan pada 2006,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Iklan
Ahmad Zahid berkata kejayaan yang dicapai merupakan hasil usaha berterusan melalui empat Mesyuarat SEK-MPUPK yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.
Beliau berkata, semua mesyuarat berkenaan bertujuan memastikan penjajaran dan penyelarasan program keusahawanan yang lebih bersepadu serta pelaporan yang lebih menyeluruh.
Iklan
"Sebagai Pengerusi MPUPK, saya akan terus komited untuk terus memperkasakan ekosistem keusahawanan dan pembangunan PMKS di Malaysia melalui inisiatif yang lebih strategik dan menyeluruh demi kesejahteraan ekonomi negara,” katanya.
Ogos lepas Ahmad Zahid meminta semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang terbabit dalam inisiatif keusahawanan serta pembangunan PMKS, wajib membuat pelaporan pencapaian inisiatif masing-masing.
Ia bagi mengurangkan pertindihan program dalam kalangan agensi, seterusnya mengurangkan pembaziran sumber kerajaan. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.