PRNNK buka satu lagi Rumah Ngaji di Kelantan

Iklan
Ahli jawatankuasa Rumah Ngaji Hamidiah Masjid Mukim Kadok bersama AJK PRRNK.

KOTA BHARU - Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) membuka satu lagi Rumah Ngaji di negeri ini sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam di negeri ini berkumpul untuk membaca dan bertadabbur al-Quran.

Pengerusinya, Datuk Adnan Hashim berkata, terkini Rumah Ngaji Hamidiah Masjid Mukim Kadok, Ketereh menjadikan kesemuanya sebanyak 249 di seluruh negeri.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pembukaan Rumah Ngaji di masjid berkenaan sempena Kempen Buka Rumah Ngaji dan bertepatan dengan kejayaan ahli jawatankuasanya menguruskan masjid itu.

"Kita dimaklumkan masjid ini sudah memenangi pelbagai pertandingan selain dipilih sebagai Masjid Qariah Ramadhan," katanya selepa merasmikan Rumah Ngaji itu pada Rabu.

Iklan

Adnan memberitahu, PRNNK turut bersetuju memilih Masjid Mukim Kadok sebagai lokasi kedua #World Quran Hour Kelantan selepas tapak Madinah Ramadan pada 25 Mac depan.

"Dianggarkan seramai 2,000 penyertaan menjalani Majlis Khatam Baca & Sinopsis Al-Quran di masjid itu," katanya.

Iklan

Jelas beliau, usaha itu sesuai dengan hasrat untuk membawa masyarakat Kelantan membaca, memahami, mengamalkan serta menyampaikan al-Quran melalui projek Mega #SAVINGTHEUMMAH.

"Alhamdulillah kita mendapat kerjasama pihak masjid terutama Imam Tua, Abdullah Zohdi Ismail," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Abdullah Zohdi atau menghubungi Naib Pengerusi 2 PRNNK, Aziah Zawawi di talian 019-9100774.

Jelas beliau, selain Rumah Ngaji sedia ada di sekitar Masjid Mukim Kadok, orang ramai digalakkan bertadarus di masjid atau lokasi lain bagi memuliakan Ramadan.