'Lebih kurang sama banyak'
Iklan
Sungguh pun Perkara 113(2)(ii) hanya menetapkan selang minimum lapan tahun antara persempadanan tetapi tiada selang maksimum bagi persempadanan semula. Gambar hiasan
TERIMAKAH anda bahawa RM311,469 bernilai ‘lebih kurang sama banyak’ dengan RM51,842? Bagaimana kalau jurang itu dikurangkan, sanggupkah anda menyerahkan sebuah kereta bernilai RM146,148 dan menerima sebuah kereta bernilai RM37,126 sebagai ganti?
Kesamarataan atau kesaksamaan adalah pendorong kemajuan masyarakat, daripada yang jahil dan zalim kepada yang madani serta adil. Salah satu aspek kemajuan itu ialah kewarganegaraan - setiap warganegara dewasa yang siuman diberi hak mengundi sama.