Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Iklan
Kenderaan yang dinaiki Anwar tiba di Pejabat Perdana Menteri.

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 9.26 pagi tadi.

Kenderaan jenis Lexus yang membawa Anwar itu menggunakan laluan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Anwar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pergolakan terkini politik tanah air.

Tidak lama kemudian, kenderaan rasmi membawa Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memasuki bangunan itu pada jam 9.36 pagi.

Iklan

Difahamkan satu pertemuan akan diadakan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini susulan perkembangan terbaru politik tanah air negara.

Dr Mahathir dipercayai dalam perjalanan ke pejabatnya.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pejabat sama kira-kira jam 8.50 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO