Tiru meniru bawa bahagia
Iklan
ChatGPT turut ditiru oleh China yang berbangga dengan DeepSeek. Foto hiasan
MENIRU selalunya dianggap sebagai sebuah tindakan yang tidak baik. Ia adalah kerana meniru biasanya dikaitkan dengan tindakan menyalin sesuatu secara keseluruhan seperti seorang murid meniru kerja rumah rakannya.
Oleh kerana meniru dipandang dalam skop yang cetek sama ada tindakan menyalin bulat-bulat mahupun mencuri hasil kerja seseorang, apa sahaja perbuatan yang seakan-akan mahupun sipi-sipi menyerupai apa yang pernah dibuat orang lain, akan dituduh sebagai lekeh, tidak kreatif mahupun tiada standard.