Ketahanan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah
Iklan
Politik kestabilan yang dibawa oleh Hajiji di Sabah dijangka memberikan kelebihan kepada GRS dalam PRN 2025.
DATUK Seri Hajiji Noor telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang cekal dan bijaksana dalam menghadapi cabaran politik yang mencabar sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 pada September 2020.
Dengan pengalaman politik lebih daripada tiga dekad, beliau berjaya bukan sahaja mengekalkan kestabilan politik negeri tetapi juga memperkukuhkan pentadbiran melalui kebijaksanaan diplomatik dan pendekatan yang inklusif.