Universiti untuk semua
Iklan
Peluang pendidikan tinggi pada hari ini terbuka luas kepada semua. Foto hiasan 123RF
BERBUAL dengannya merupakan pengalaman yang lebih daripada sekadar menyeronokkan. Ia luar biasa. Dia boleh bercerita tentang sejarah Tanah Melayu macam orang yang menghafal buku. Lancar, dan saya yakin, tanpa silap. Pengetahuan agamanya juga mendalam. Dari tauhid ke feqah, dari tajwid ke qiraat.
Apabila dia bercerita tentang politik rujukannya meluas dari Machiavelli, Rousseau, Laski dan ramai lagi membawa kepada Plato, Aristotle, Ceciro dan puluhan nama lain, yang ketika itu kebanyakannya saya tidak pernah dengar.